Si Tua bersama banjirnya...


masih baru di sini? jom kenali blog ini di sini.


Selamat Datang kawan kawan semua
Di merata tempat , datanganya kita
Walaupun tidak mengenali secara bersemuka
Semoga persahabatan terjalin sentiasa

Teringat saya sebuah kisah, sebagai permulaan entri dari blog yang baru ini. Kisah lama, tika dulunya pernah menjadi satu sumber inspirasi dalam hidup saya. Setiap kali adanya usrah kecil bersama sahabat, cerita inilah yang sering saya titipkan. Sebuah kisah yang membawa makna yang tersendiri. Mungkin ada yang pernah mendengar kisah si tua yang tinggal berseorangan di sebuah rumah usang.


Pengharapan si tua ini hanyalah kepada ALLAH. Pada suatu hari, hujan turun tiada henti. Semakin hari, air semakin melimpah naik memenuhi saliran, sedikit demi sedikit melimpah ke daratan dan mula memasuki ruang rumah si tua. Si tua tenang melihat keadaan itu, kerana pengharapan yang tinggi terhadap pertolongan dari Allah pasti akan tiba. 

Hujan yang masih tidak kunjung hentinya itu membawa kepada banjir yang besar. Penduduk mula berpindah ke tempat yang lebih tinggi, tetapi si tua enggan menuruti mereka yang berpindah itu. Dia masih menanti dengan penuh yakin akan pertolongan Allah pasti akan tiba kepadanya. Semakin hari, semakin tinggi air memenuhi ruang rumah, penduduk yang risau dengan keadaan si tua melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa tempatah.

Dengan sebuah bot bantuan, seorang pihak berkuasa merayu kepada si tua agar menaiki bot dan berpindah sementara sebelum air kembali surut. Si Tua tetap enggan dan akhirnya dengan lantang dia berteriak :

" Aku menunggu pertolongan dari Allah ! kalian usah risaukan aku ! "

Anggota penyelamat hanya mampu berpandangan. Apa agaknya moral dari cerita ini?

9 sahabat yang tersenyum !:

Abang Karu said...

moral.....percaya dan yakin kebesaran allah...tapi jgn la keras hati sgt kaaaannn..lembut la sikit...bantuan telah di datang kan tu.... :)

terima kasih follow saya....follow sini juga (^________^)

Deru Ombak said...

Assalamualaikum..

Saya folo balik ya..

Moralnya.. Pertolongan Dari Allah itu datang dalam berbagai cara. Apabila Allah menurunkan musibah kepada hambaNYA yang tahu berfikir..

Selamat datang ke dunia Maya. (smile)

Abang Karu said...

boleh tanya sikit....jgn marah ye...tgk kat profile tu On Blogger since February 2008...lama dh tu...mana entry yg lain...delete ke...sekadar bertanya...jgn marah ye :-)

Deru Ombak said...

Jagau.. Ni mesti blogger otai nih.. Saya baru 5 bulan tau SMILE..

Abang Karu said...

ha'ah la kak ya (^________^)

Kakzakie Purvit said...

Berserah pada Allah tanpa usaha adalah perbuatan yg sia-sia...

Kakak follow sini juga...

SumeSakan said...

terlalu berharap...tp tiada usaha...
kan?sepatutnya usaha dan tawakal..

Papepun thanks sudi kenal ngan kite...salam kenal ye...moga persahabatan ni terjalin dgn utuh..aminn

kay_are said...

takkan orang tu tak sedar yang Allah kan dah hantarkan pertolongan melalui bot yang datang tu.. nak pertolongan cane lagi? ish ish

RHI said...

betul tu, hanya pada Allah tempat kita meminta, tapi manusia yg hidup dimuka bumi Allah ini..harusnya berusahakan? yang pasti kita harus percaya anggota penyelamat itu mungkin perantaraan yg Allah hantar untuk jadi penyelamatkan?

p/s: terima kasih follow akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 entry terbaru | S.M.I.L.E |