sambungan Si Tua bersama banjirnya...


Jika sahabat-sahabat blogger masih belum membaca lagi kisah *Si Tua bersama banjirnya...* boleh klik tajuk tu ye.

Alhamdulillah, ramai yang memberi komen balas, terima kasih. Di sini saya share serba sedikit komen sahabat2 blogger sekalian sebagai tanda penghargaan :







moral of the story, memang betul apa yang sahabat-sahabat blogger utarakan, berharap itu ok, tapi kita kena faham bahawa pertolongan Allah itu datang melalui pelbagai keadaan, melalui polis penyelamat, melalui orang kampung dll. Begitu juga keadaan dengan kita, kadang-kadang teguran atau pertolongan Allah berada dekat sangat dengan kita. Tapi kita seringkali terleka dan tidak mengambil mana-mana situasi yang berlaku ke atas kita sebagai satu muhasabah ke atas diri kita.

Contoh senang, macam si tua tadila, dia tidak sedar Allah sedang membantu dia. Penantian yang sia-sia. Kita juga, sedang berjalan-jalan, tiba-tiba tersepak batu, tapi belum sempat terjatuh. Kalau kita selalu bermuhasabah, kita akan merasakan, "yaALLAH, apa agaknya dosa aku yaAllah, ampunkanlah aku yaAllah". Kenapa? Mungkin itu satu teguran ringan Allah kepada kita yang tadi berkata buruk ke atas sahabat kita atau apa-apa lagi yang kita lakukan tanpa sedar atau atas kesedaran. Unik kan Islam? Andai kita pandai manipulasi setiap perkara untuk sebuah kisah kerendahan hati.

stress dan cinta



The happiest Married's couples never have same character but they have the best understanding of their differences

Bercakap mengenai stress, saya pasti semua pasangan berkahwin akan mengalami satu-satu situasi yang membuatkan kita stresskan? saya juga seringkali berhadapan dengan situasi-situasi yang sedemikian. Kadangkala saya rasa lemah disebabkan stress tapi alhamdulillah, dengan sedikit titipan CINTA dari suami, itulah kekuatan yang kita ada. Kita rasa kuat dengan CINTA.

Bagaimana pula situasi andai stress itu datang dari suami kita sendiri? sudah tentu CINTA sukar kita peroleh dari dia tika itu, la tahzan kerana CINTA, kita ada DIA tempat mengadu paling hebat, paling best! tapi jangan pula waktu kita bermasalah baru nak ingat DIA, setiap masa! insya-Allah. Be patient at all times and in all places, for patience leads to righteousness, and righteousness leads to Paradise. Do not become angry and furious, for those two emotions lead to wickedness, and wickedness leads to the Hellfire. insya-Allah. Oleh itu, senyumlah kepada setiap masalah yang hadir, insya-Allah ada jalannya kelak. Moga Allah permudahkan urusan rumahtangga saya dan sahabat-sahabat blogger yang dah berkahwin. hehe

p/s: smile to the problems!

p/s lagi :Lupa pulak nak ucap selamat pagi semua dan salam subuh (maklumla entri taip waktu subuh-subuh camni..hehe)

On Blogger since February 2008


Saya tertarik membaca komen dari sahabat blogger karukord jagau's dan Deru ombak. Terus saja saya ambil komen-komen tersebut sebagai entri pada hari ini. Boleh juga mendapat idea dari sini untuk share dengan semua sahabat blogger. Apa yang dikatakan oleh mereka? sahabat-sahabat boleh membaca di entri ini, atau saya sudah capturekan sedikit komen mereka di bawah:



Ini adalah hasil daripada maklumat ini di link saya:

since February 2008
Saya tidak pernah terfikir, akan ada yang mempersoalkan hal ini. Saya sangat gembira kerana ada yang mengambil berat. hehe. Ok, saya memang mula menulis since February 2008, February 2012 hari tu, sudah mencecah 4tahun saya bersama dunia blogger ini. Tapi mana entri-entri saya selama 4tahun itu? Saya delete, untuk mulakan sebuah entri baru dengan nafas baru. Sayang akan memori penulisan lama, itu saya tidak nafikan. Tetapi saya sudah tukarkan genre penulisan dan tema blog kepada blog yang ada sekarang. 

Sebagai permulaan kepada tema blog baru ini ( pembaca boleh melihat serba sedikit di ruang 'owner' sebelah kanan atas blog ini untuk malkumat lanjut ) saya berbangga sekali dengan blogger-blogger baru tetapi mempunyai ramai followers dan bergerak aktif dalam dunia penulisan, mereka / anda adalah guru dan sumber inspirasi saya, insya-Allah.

Setelah lama memerhati dan menjadi silent readers kepada blog-blog anda / mereka, saya dapat rasakan ada ukhwah yang indah di antara blogger-blogger ini sebenarnya, yang mana saya rasa saya dekat dengan anda / mereka bila saya membaca semua komen-komen di atas setiap entri-entri yang dikeluarkan. Saya suka membaca blog yang banyak berkisar kepada pengalaman peribadi dan pandangan-pandangan yang menjana pemikiran saya. Itu adalah jalan mudah mendapat maklumat dah pandangan, info dan pengetahuan, pengalaman dan memori.

Saya juga bercita-cita menjadi penulis sebagaimana anda / mereka. menjadi sebahagian dari keluarga besar blogger-blogger sekalian. Mendapatkan pandangan kalian tentang apa jua yang saya utarakan, insya-Allah. Terima kasih semua atas sokongan moral yang diberikan melalui komen-komen yang ditinggalkan. Insya-Allah, moga lapangan ini lapangan terbaik untuk kita sama-sama berkongsi rasa.

Menjawab tak? hehe

Si Tua bersama banjirnya...


masih baru di sini? jom kenali blog ini di sini.


Selamat Datang kawan kawan semua
Di merata tempat , datanganya kita
Walaupun tidak mengenali secara bersemuka
Semoga persahabatan terjalin sentiasa

Teringat saya sebuah kisah, sebagai permulaan entri dari blog yang baru ini. Kisah lama, tika dulunya pernah menjadi satu sumber inspirasi dalam hidup saya. Setiap kali adanya usrah kecil bersama sahabat, cerita inilah yang sering saya titipkan. Sebuah kisah yang membawa makna yang tersendiri. Mungkin ada yang pernah mendengar kisah si tua yang tinggal berseorangan di sebuah rumah usang.


Pengharapan si tua ini hanyalah kepada ALLAH. Pada suatu hari, hujan turun tiada henti. Semakin hari, air semakin melimpah naik memenuhi saliran, sedikit demi sedikit melimpah ke daratan dan mula memasuki ruang rumah si tua. Si tua tenang melihat keadaan itu, kerana pengharapan yang tinggi terhadap pertolongan dari Allah pasti akan tiba. 

Hujan yang masih tidak kunjung hentinya itu membawa kepada banjir yang besar. Penduduk mula berpindah ke tempat yang lebih tinggi, tetapi si tua enggan menuruti mereka yang berpindah itu. Dia masih menanti dengan penuh yakin akan pertolongan Allah pasti akan tiba kepadanya. Semakin hari, semakin tinggi air memenuhi ruang rumah, penduduk yang risau dengan keadaan si tua melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa tempatah.

Dengan sebuah bot bantuan, seorang pihak berkuasa merayu kepada si tua agar menaiki bot dan berpindah sementara sebelum air kembali surut. Si Tua tetap enggan dan akhirnya dengan lantang dia berteriak :

" Aku menunggu pertolongan dari Allah ! kalian usah risaukan aku ! "

Anggota penyelamat hanya mampu berpandangan. Apa agaknya moral dari cerita ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 entry terbaru | S.M.I.L.E |