Jika sahabat-sahabat blogger masih belum membaca lagi kisah *Si Tua bersama banjirnya...* boleh klik tajuk tu ye.
Alhamdulillah, ramai yang memberi komen balas, terima kasih. Di sini saya share serba sedikit komen sahabat2 blogger sekalian sebagai tanda penghargaan :
moral of the story, memang betul apa yang sahabat-sahabat blogger utarakan, berharap itu ok, tapi kita kena faham bahawa pertolongan Allah itu datang melalui pelbagai keadaan, melalui polis penyelamat, melalui orang kampung dll. Begitu juga keadaan dengan kita, kadang-kadang teguran atau pertolongan Allah berada dekat sangat dengan kita. Tapi kita seringkali terleka dan tidak mengambil mana-mana situasi yang berlaku ke atas kita sebagai satu muhasabah ke atas diri kita.
Contoh senang, macam si tua tadila, dia tidak sedar Allah sedang membantu dia. Penantian yang sia-sia. Kita juga, sedang berjalan-jalan, tiba-tiba tersepak batu, tapi belum sempat terjatuh. Kalau kita selalu bermuhasabah, kita akan merasakan, "yaALLAH, apa agaknya dosa aku yaAllah, ampunkanlah aku yaAllah". Kenapa? Mungkin itu satu teguran ringan Allah kepada kita yang tadi berkata buruk ke atas sahabat kita atau apa-apa lagi yang kita lakukan tanpa sedar atau atas kesedaran. Unik kan Islam? Andai kita pandai manipulasi setiap perkara untuk sebuah kisah kerendahan hati.