Pakaian Terakhir kita...


Lama jugak saya tidak menaip entri di sini, apa khabar semua sahabat-sahabat blogger. Hari ini, ada seorang ibu kepada teman pejabat telah kembali menemui Ilahi. Kami menziarahinya pagi tadi. Rumahnya telah dipenuhi dengan sahabat handai, teman-teman, saudara-mara dan jiran-jiran tika kami tiba di halaman rumahnya.

Memberi sedikit penghormatan terakhir dengan menghadiahkan AlFatihah untuk arwah ibunya. Kami duduk sebentar di ruang tamu yang luas itu. Melihat, golongan-golongan wanita yang berumur menyiapkan kain kafan untuk arwah, saya sangat tersentuh. Itu adalah pakaian terakhir kita nanti. Huhu

Dengan seragam putih dan akan ditinggalkan diliang bersama amalan-amalan kita sahaja. Betapa heningnya saat itu. Dalam pada saya sedang ralit bermuhasabah, teman opis saya, yang tempatnya bersebelahan sahaja dengan saya di opis, turut duduk di sebelah saya tika di sana. 

Saya pernah ceritakan mengenai | aura negatif | sebelum ni, di sana jugak saya tidak dapat lari. Saya jadi sangat sedih, yaALLAH, sepatutnya pada ketika ini, kita bermuhasabah, berasa takutnya berhadapan dengan ZAT pencipta tanpa amalan-amalan yang hebat untuk dipersembahkan, tapi saya terpaksa menahan telinga mendengar 'itu' dan 'ini'.

Saya bukan insan suci, tapi saya perlukan satu aura positif yang boleh membantu roh saya untuk sentiasa mengingatiNYA. Saya takut, satu komen yang saya terima tika menulis entri mengenai | aura negatif | hari tu, dari kak ya, 


Ya, saya sangat lemah, saya masih terikat untuk menjaga hatinya... Bukan tidak takut dengan amaran dari Allah, sesungguhnya saya takut, saya sentiasa berdoa agar diberi kekuatan untuk mempertahankan hak saya sebagai seorang wanita muslim yang ISLAM. Wanita muslim yang ISLAM tidak akan berani memperkatakan perkara yang tidak sepatutnya kepada saudara sesama muslim kecuali mereka-mereka yang dipalingkan Allah hatinya dari menerima hidayahNYA. Na'uzubillah! huhu

Saya bukan membuka aibnya, tetapi point penting yang saya nak sampaikan di sini, adalah diri saya sendiri. Ingin melakukan sebuah transformasi ke arah kebaikan, bukan mudah laluannya. Moga kita termasuk dari kalangan mereka yang sentiasa mengingatiNYA. amin~

Apepun, senyum kepada setiap masalah, insyaALLAH, ada jalannya. Teruskan berdoa...berdoa... itu senjata hebat yang Allah bekalkan buat hambaNYA.

12 sahabat yang tersenyum !:

Kakzakie said...

Kuatkan semangat dan berdoa moga kita sentiasa disayangi teman dan Allah juga...

norhidana said...

mmg dh lama tak menulis kan...ingtkan merajuk hehehe... insyallah kalu niat kite ke arah yg baik, Allah msti tunjukkan kite jln

MamaEma said...

a'ah lama betul menyepi..apa-apa pun kena kuatkan semangat..dan berdoa selalu..

ainnoraini said...

kene kuat semangat yee..dan sentiasa disayangi oleh teman..insya Allah..

lelamaisara said...

Insyaallah...Allah tu maha adil...

:)..dah lame tak singgah sini...:)

eLLa n aLia said...

1st time ke sini..

eLLa n aLia said...

1st time ke sini..

eLLa n aLia said...

1st time ke sini..

Deru Ombak said...

Al-fatihah buat arwah ibu kawan anda.

Kawan2 kepada kebaikan ramai di luar sana. Insyaallah
Take care smile. :)

MulutPayau said...

Smile, Kuatkan semngat ya .... dan sentiasa berdoa...

Al-Fatihah utk arwah....

kay_are said...

al fatihah.. =) memang takut tapi sebagai manusia memang susah nak lari dari kesilapan.. mesti ade nye..

O CIKTEDDY said...

InsyaAllah..moga Allah permudahkan ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 entry terbaru | S.M.I.L.E |