Kisah seorang guru...


"Gadis ditepi tingkap!!! letak baris belakang ayat ni!" papan hitam ku tenung dengan penuh debar. Akulah gadis di tepi tinggkap itu, baris belakang sekali pulak tu. alamak!

"emm... aaa.... hmmmm....erk!"

"Enti, yang duk sebelah dia tu bangun!"

"Ya Ustazah"

"Enti baca ayat ni" Teman disebelahku itu merangkap teman baikku menjawab lancar...upssss!

"Enti tampaq sahabat sebelah kamu tu..."

Pap! tamparan halus temanku mengenai bahu kecilku. 'Nak tergelakpun ada dalam duk takut tu...'hehe

"Kalau enti sayang kawan enti tu, tampaq kuat sikit!"

Pap! kuat jugakla dari tadi... terpeleot bahu kecilku...

"Apa nama enti?"

"Sss...smile* (*bukan nama sebenar.. hehe)"

"Dah lama ana ajaq, takkan tak tau nak letak baris fi'il madhi, mudhori', 'amar lagi? periksa dah nak dekat dah, masih lagi tak tau nak jawab.. bla... bla...."

Allah... berpeluh jantan saya mendengaq bebelan ustazah yang terkenal dengan kegarangannya itu. Telah lama saya pelajari, tapi masih juga saya keliru untuk meletakkan baris mengikut kesesuaiannya. Saya suka belajar Bahasa Arab, tapi saya tak pandai nak menggunakan tatabahasanya yang sangat-sangat mencabar. Bahasa Arab Tinggi SPM. huhu

Walau kenangan itu telah lama berlalu, baru-baru ini saya terserempak dengan ustazah saya itu di lapangan terbang, sedang bercakap telefon, saya berkira-kira untuk menegur, tetapi tidak berkesempatan, walaupun pada hakikatnya dia agak garang, tapi ajarannya sangat berkesan, sangat bersungguh-sungguh. Dia menangis bila kami tidak gagal, dia memberi hadiah tatkala dia diminta berpindah, saya sayang dia! dia adalah seorang guru. Semua guru punya memori yang sangat indah untuk saya catatkan setiap satunya. Cuma sebuah doa dan ucapan mampu saya kirimkan untuk guru-guru saya yang tidak jemu mendidik saya selama ini.

p/s: teman baikku dalam cerita di atas telahpun menjadi seorang pendidik kini... alhamdulillah... selamat hari guru untuknya.. teman terbaik pernah saya ada... alhamdulillah...




Yang paling utama ialah mak dan ayah saya. Mereka adalah guru terbaik saya dunia akhirat....

UPDATE: kalau anda semua perasan gambar di atas ni, ada menyebut, "jadilah orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan, atau orang yang menyukai, dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka nescaya engkau binasa" HR Al-Bazzar dan At-Thobrani... Siapakah orang yang kelima itu??


Maksud orang kelima ialah seseorang itu berinteraksi dengan ilmu maka dia perlu menjadi seorang pengajar yang baik jika dia menjadi tenaga pengajar. Jika dia tidak berkemampuan menjadi pengajar, maka jadilah dia seorang pelajar yang baik terhadap ilmu yang diajarkan kepadanya. Jika dia tidak mampu menjadi pelajar yang baik, maka sekurang-kurangnya dia menjadi pendengar yang baik terhadap ilmu yang disampaikan itu. Namun jika dia tidak mampu menjadi pengajar, pelajar atau pendengar yang baik, sekurang-kurangnya dia menjadi orang yang menyukai ilmu tersebut. Oleh itu, jika seseorang itu tiada keempat-empat ciri-ciri di atas maka jadilah orang itu orang yang kelima. Iaitu dia tidak menjadi pengajar, tidak juga menjadi pelajar, tidah pula mendengar dan menyukai ilmu. Bahkan dia tidak menerima manfaat dan tidak juga memberi manfaat terhadap ilmu. Na'uzubillah... moga kita dijauhkan dari golongan yang kelima itu. Begitulah maksudnya jangan menjadi orang kelima sepertimana hadis di atas. Wallahuta'ala a'alam.

AURA NEGATIF


Sudah sekian lama blog ini saya tinggalkan tidak berkemaskini, sibuk sikit dengan kerja-kerja dipejabat dan segala macam seminar, semua yang saya hadiri berkaitan perkahwinan, rumahtangga, literasi undang-undang. Sedikit sebanyak dapat menambah ilmu tentang alam rumahtangga yang penuh cabaran ni. hehe

Cabaran di pejabat pulak satu macam, bukan sekadar kerja yang banyak sahaja, malah kita berhadapan dengan pelbagai aura dari teman-teman sepejabat, kalau positif auranya, alhamdulillah. Kalau negatif auranya, itu yang saya paling takutkan, kerana saya bukan insan mulia yang mampu bertahan untuk berkata TIDAK kepada gosip. Itu adalah suatu yang saya perlu baiki dalam diri. Kadang-kadang bila teman-teman bercerita dan mengadu tentang hal itu dan ini, kita juga terasa ingin mengadu, cerminan diri kan? teman adalah cermin diri kita. 

Nak lawan nafsu untuk menolak sepenuhnya umpatan, gosip, kemeluatan yang dihamburkan tu, satu perkara sukar sangat bagi saya. Dalam menjaga hati teman, kita juga terjerumus ke lembah yang dimurkai Allah, bagaimana agaknya untuk kita tangani masalah ni ye? huhu


Kalaula boleh letak tulisan camni suruh jangan ajak saya mengumpat, neraka tu panas kat SANA, kan bagus... kita bukanlah yang terbaik, tetapi kita sama-sama cuba wujudkan satu suasana kasih sayang even stress macam manapun, paksa diri, lama-lama jadi satu suasana yang lebih suci dan murni, insya-Allah. Kalau boleh diaplikasikan ramai-ramai, tambah-tambah bersama teman-teman lagi mantap kita punya hati... 

Buat benda baik ni, kalau secara berjemaah, kekuatan itu akan hadir, insya-Allah... Sekadar muhasabah dirikan... hmmmm~ yang penting S.M.I.L.E untuk setiap masalah...◕‿◕
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 entry terbaru | S.M.I.L.E |